Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin. |
PETALING JAYA - Persatuan Penulis dan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) meminta penerbit David Teo tidak meletakkan kesalahan ke atas pihak media berhubung kenyataan yang dikatakan berunsur penghinaan terhadap Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin, berkata, beliau yakin pihak media sentiasa berpegang kepada asas etika kewartawanan dan tidak memanipulasi kenyataan David.
“David menafikan dia telah membuat kenyataan memburuk-burukkan nama P. Ramlee dan dia seolah-olah menyalahkan media kerana tersalah lapor dan salah tafsir terhadap apa yang telah beliau nyatakan.
"Justeru, David tidak boleh meletakan kesalahan kepada media apabila kenyataannya telah mendapat kritikan hebat daripada masyarakat,” katanya.
Terdahulu, David menerusi kenyataan dalam satu portal berita pada 7 Julai lalu menasihati artis dibawah syarikatnya supaya tidak menjadi seperti P. Ramlee yang hidup susah dan melarat pada pengakhiran kehidupan Allahyarham.
Kenyataan David telah mendapat kritikan cukup hebat daripada karyawan seni tempatan, termasuk kalangan artis muda.
Ekoran itu, David telah mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan bahawa dia ada membuat kenyaaan dengan menyebut nama P. Ramlee. selain mendakwa media telah tersalah lapor akan kenyataannya.
Dalam pada itu, Tengku Khalidah berkata, sebagai produser filem yang mempunyai pengaruh yang besar, David perlu mengambil seluruh tanggungjawab terhadap apa jua pendapat yang telah dinyatakan.
David juga perlu bersikap lebih matang dan bertanggungjawab dalam menangani sesuatu isu dan bukannya menyalahkan pihak lain.
Sementara itu, Tengku Khalidah juga meminta agar wartawan terutamanya wartawan seni dan hiburan mempunyai pertimbangan kendiri dalam membuat laporan.
Ini terutamanya katanya, apabila menulis isu berkaitan hal-hal sensitif yang membabitkan ikon Negara yang telah pun meninggal dunia.
“Sebagai orang media, kita sendiri perlu ada pertimbangan kendiri kerana tidak semua kenyataan sensasi yang diluahkan perlu disiarkan.
"Jika ia membabitkan isu sensitif terutamanya mereka yang sudah meninggal dunia, sewajarnya kita perlu lebih sensitif kerana kita perlu menghormati perasaan banyak pihak, terutamanya keluarga mereka.
“Media perlu ada pertimbangan kendiri, meskipun kita selalu mahu membuat laporan yang terkini dan dibaca oleh ramai orang,” katanya.
Sumber: mStar