Zizan Razak |
PELAKON dan pelawak Zizan Razak mengakui berasa bertuah, tidak menyangka dirinya berpeluang menjejakkan kaki buat kali pertama di Makkah.
ZIzan turut meluahkan rasa syukurnya kepada Allah SWT kerana berpeluang merasai pengalaman berpuasa dan menyambut Aidilfitri di tanah suci bagi tujuan menunaikan umrah.
“Saya rasa bertuah kerana dapat berada di sana pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga satu Syawal. Saya ke sana dibawa oleh Adi Putra.
“Kali pertama melihat Kaabah di depan mata, saya mengalirkan air mata. Mendengar cerita orang tentang keindahan Kaabah dengan merasakan sendiri pengalaman tersebut mempunyai perbezaan yang besar.
“Di sana, saya juga terkenangkan kesusahan kehidupan yang dilalui dari kecil sehingga sekarang. Tiba-tiba ketika itu wujud perasaan rindukan keluarga saya terutamanya ibu bapa. Saya berasa begitu kerdil dan mahu berjasa dengan keluarga, negara dan agama,” katanya kepada akhbar tempatan.
Zizan juga mengakui dapat merasakan perubahan positif berlaku pada dirinya dan kini dia berasa lebih tenang dan lebih bersemangat untuk bekerja selepas pulang dari mengerjakan umrah.
Tambahnya, dia bukan bermegah tetapi hanya mahu berkongsi kisah pengalaman di tanah suci dan hanya ingin melihat lebih ramai umat Islam tergerak hati untuk menjejakkan kaki ke Makkah. -Kedahnews.com