Antara peserta yang mengikuti Kursus Pra-Perkahwinan anjuran Majlis Belia Kedah dan Pejabat Menteri Besar di Dewan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). |
KULIM - Belia sekitar daerah ini tidak melepaskan peluang menghadiri kursus pra-perkahwinan secara percuma anjuran Kelab Belia Kedah dan Pejabat Menteri Besar, kelmarin.
Presiden Majlis Belia Kulim, Sarudin Roseli berkata, daerah ini adalah tempat ketiga siri jelajah kursus perkahwinan percuma selama dua hari yang dihadkan kepada 150 orang belia.
“Sebelum ini kita sudah ke daerah Kota Setar, Baling dan kali ini ke Kulim.
"Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan mendapat permintaan tinggi dari kalangan belia di setiap daerah.
“Ramai lagi yang nak sertai sebenarnya, tapi kita hadkan kepada 150 orang sahaja. Pada masa depan kita mungkin akan usulkan kepada kerajaan negeri supaya jumlahnya ditambah,” katanya.
Beliau berkata, kursus secara percuma itu bertujuan membantu dan memudahkan urusan belia untuk berkahwin.
“Kita sedar sekarang begitu banyak gejala sosial selain kos sara hidup yang begitu tinggi.
"Jadi dengan adanya kursus pra-perkahwinan secara percuma sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos perkahwinan mereka,” katanya.
Tambahnya, pemilihan peserta kursus ini juga dikhaskan untuk anak kelahiran negeri Kedah sahaja.
“Anak negeri ini saja yang boleh sertainya, bermula umur 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan,” katanya.
Selain itu, Sarudin berkata, peserta yang menghadiri kursus tersebut juga layak menyertai Majlis Perkahwinan Perdana Negeri Kedah pada hujung tahun ini.
“Sesiapa yang sudah hadiri kursus ini, kalau mereka berminat nak bernikah dan bersanding ramai-ramai dalam Majlis Perkahwinan Perdana nanti hanya perlu bayar RM500 sahaja dengan syarat mereka orang Kedah,” katanya.
Dalam pada itu, peserta Muhammad Zul Fadzli Zainol, 19, berkata, program seperti ini amat membantu golongan belia sebagai persediaan sebelum berkahwin.
“Dapatlah jimat kos pergi kursus kahwin, memang membantu golongan muda terutama yang sedang merancang hendak berkahwin semuanya memerlukan wang,” katanya.
Manakala, Siti Nurzaliniah Sariman, 25, berkata, dia gembira kerana dapat menyertai kursus ini secara percuma dan sekiranya ada lagi pada tahun hadapan akan diberitahu kepada rakan-rakannya.
“Kalau ada lagi tahun depan saya nak suruh kawan datang ke sini, kalau ada yang nak kahwin pun nanti hanya bayar RM500 saja, sangat menarik dan membantu kami,” katanya.

Sumber: Sinar Harian