2 Gambar Bogel Isteri Trump Selama 2 Hari Berturut-Turut


NEW YORK - Ketika calon presiden Republican, Donald Trump sedang giat berkempen untuk pilihan raya Presiden Amerika November depan, tiba-tiba gambar bogel isterinya terpampang di muka depan akhbar New York Post selama dua hari berturut-turut sejak kelmarin.

Kedua-dua gambar bogel Melania Trumpa itu dipercayai diambil ketika dia menjadi model 20 tahun lalu.

Ketika menjawab isu gambar bogel isterinya itu, Trump melalui kenyataannya berkata, Melania adalah salah seorang model yang berjaya dan pernah muncul di kebanyakan muka depan akhbar dan majalah di Eropah dan Amerika Syarikat.

"Kedua-dua gambar ini pernah disiarkan dalam sebuah majalah di Amerika Syarikat. Ketika itu, saya belum mengenali dia lagi. Di Eropah dan Amerika Syarikat, gambar seperti ini dianggap moden dan bukan luar biasa," kata Trump yang bakal bersaing hebat dengan calon dari Demokrat, Hillary Clinton bagi menggantikan presiden sekarang, Barack Obama.

Manakala Penasihat Komunikasi Trump, Jason Miller, memberi penilaian bahawa gambar itu cukup berseni dan memuji Melania adalah seorang wanita yang cantik.

"Gambar itu diambil 20 tahun lalu. Ia tidak perlu dihebohkan kerana ia hanya menonjolkan tubuh manusia dari segi nilai seni," kata Miller.

New York Post adalah milik Rupert Murdoch dan tidak dipastikan apakah beliau mempunyai sebarang kepentingan politik atau tidak mengenai pendedahan gambar lama Melania itu.


Difahamkan, gambar bogel Melania itu disiarkan pada muka depan Majalah Max keluaran Januari 1996. Ketika itu, Melania yang berwarganegara Slovenia baru berusia 25 tahun. 

Majalah Max dipercayai sudah menghentikan penerbitan sejak 10 tahun yang lalu. Setelah ditutup, kebanyakan gambar bogel mahupun separuh bogel milik model tidak pernah disiarkan di mana-mana akhbar dan majalah.


Namun berlainan pula dengan keadaan Melania. Disebabkan suaminya adalah calon presiden, sudah tentu dirinya akan dieksploitasi oleh pihak tertentu seperti New York Post untuk tujuan melariskan jualan akhbarnya.

Sumber: Sinar Harian