PERGOLAKAN di antara dua negara Korea Utara dan Korea Selatan sememangnya diketahui umum.
Walaupun negara masing-masing ‘bermusuh’ di antara satu sama lain, ia tidak menghalang dua atlit dari Korea Utara dan Korea Selatan untuk sama-sama mengambil gambar selfie sebelum bertanding dalam acara gimnastik di Sukan Olimpik Rio, Brazil.
Betullah cakap orang, sukan menyatu padukan semua orang walaupun berlainan fahaman politik, agama dan bangsa.
Gambar selfie ‘mahal’ ini salah satu buktinya.
Atlit gimnastik Korea Selatan Lee Eun-ju menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan bergambar selfie bersama bintang gimnas Korea Utara, Hong Un-Jong sebelum pertandingan dimulakan.
Hubungan di antara kedua-dua negara jiran itu tegang sejak 70 tahun lalu selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. –Kedahnews.com