Fuad ketika melawat kediaman Ishak. |
ALOR SETAR - Penderitaan sebuah keluarga di Lorong Gedebang di sini, mendapat perhatian dua badan bukan kerajaan (NGO) yang turun padang membantu mereka, baru-baru ini.
Dua badan NGO itu adalah Grup Ziarah Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM) dan Yayasan Salam.
Naib Presiden Alumni SMKTAM, Ahmad Fuad Ashari berkata, pihaknya terpanggil membantu keluarga Ishak Darus, 76, kerana bersimpati atas kemiskinan dialami warga emas tersebut.
“Sebaik menerima maklumat, beberapa ahli turun padang menyelami masalah 12 beranak itu yang tinggal di sebuah rumah usang.
“Hati kami tersentuh, saat melihat keadaan keluarga mereka yang serba kekurangan, ditambah keadaan ketua keluarga mereka yang memerlukan rawatan akibat masalah kesihatan,” katanya.
Untuk itu, Fuad berkata, pihaknya menyalurkan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 dan barang keperluan harian bagi meringankan beban mereka sekeluarga.
Pada 2013 lalu, media menyiarkan kisah 12 beranak yang tinggal di sebuah rumah usang.
Bapa mereka mengalami masalah jantung bengkak, sementara ibu pula, Jamaliah Rejab, 49, kurang sihat akibat sakit kaki.
Sumber: Sinar Harian