25,000 Kaki, Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun


SEORANG bekas pelakon lagak ngeri dari Amerika Syarikat, Luke Aikins; 42, mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama melakukan terjunan bebas tanpa menggunakan payung terjun, semalam.

Sejarah tercipta apabila Luke terjun pada ketinggian 25,000 kaki di udara tanpa menggunakan apa-apa alat perlindungan keselamatan disematkan ke atas dirinya.

Luke mempersiapkan dirinya untuk aksi berani mati ini sejak setahun setengah lalu.

Terjunan dengan kelajuan 193 kilometer sejam di Simi Valley, California itu telah disiarkan secara langsung stesen televisyen Fox.

Kejayaannya mendarat di atas jaring diraikan ribuan pengunjung yang berdebar menyaksikan aksi lagak ngeri itu.

Luke yang juga merupakan juruterbang telah melakukan sebanyak 18,000 terjunan udara dengan pelbagai aksi sejak berusia 12 tahun lagi.

Dia juga merupakan penasihat keselamatan dan penggendali Persatuan Penerjun Udara Amerika Syarikat. –Kedahnews.com