Penagih yang ditahan di sebuah rumah dekat Flat Paya Nahu 2 |
SUNGAI PETANI - Seramai 10 penagih termasuk lima wanita ditahan ketika sedang lalok dalam sebuah rumah di Flat Paya Nahu 2, kelmarin.
Serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dilakukan hasil risikan Unit Penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda, baru-baru ini.
Pengarah AADK Kedah, Mohamad Nazer Mustafa berkata, rumah yang didiami pasangan suami isteri itu juga dijadikan port untuk melepaskan gian.
Menurutnya, dalam serbuan itu pihaknya turut dijumpai balang ais serta bungkusan lut sinar yang mengandungi dadah jenis syabu.
“Kesemua penagih yang ditahan berusia 24 tahun hingga 45 tahun dibawa ke Pejabat AADK untuk tindakan.
“Hasil ujian air kencing kesemua mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine.
"Kesemua mereka akan berdepan hukuman mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya, kelmarin.
Dalam pada itu, Mohamad Nazer turut meminta kerjasama masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat agar masalah penagihan dadah dalam komuniti dapat dibanteras habis-habisan.
Operasi itu disertai empat anggota penguatkuasaan yang diketuai Norzarenawati Osman.
Sumber: Sinar Harian