9 Kali Pembunuh John Lennon Mohon Parol, Semua Ditolak


Permohonan parol yang dimohon oleh pembunuh ahli kumpulan lagenda The Beatles, John Lennon, telah ditolak oleh pihak mahkamah, baru-baru ini.

Susulan keputusan itu, Mark David Chapman; 61, akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya dalam penjara Erie County, New York selepas permohonan kali kesembilannya itu ditolak.

Chapman, yang merupakan peminat fanatik The Beatles, didakwa atas kesalahan menyebabkan kematian Lennon dengan menembaknya ketika penyanyi itu berada di bawah bangunan apartmennya di Manhattan, Upper West Side pada 8 Disember 1980.

Berikutan kesalahan itu, Chapman telah dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun atas dakwaan membunuh tahap dua.

Permohonan parolnya telah dilakukan setiap dua tahun sejak 16 tahun lalu.

Menurut Jabatan Parol New York mereka mempunyai sebab munasabah tidak meluluskan parol Chapman.

“Berdasarkan temubual dan rekod anda, kami dapati dengan pembebasan anda ianya mungkin membawa masalah kepada masyarakat setempat selain memandang serius terhadap jenayah yang dilakukan anda,” tulis jabatan tersebut.

Chapman akan kembali menagih sebutan parol pada Ogos 2018. –Kedahnews.com