ALOR SETAR - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) mengakui kesemua ahli parlimen belum dibekalkan kefahaman atau maklumat mencukupi berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa jenayah) @ Akta 355, menyebabkan sebahagian tidak menyokong pindaan itu.
Yang Dipertuanya, Dr Yusri Mohamad berkata, bagaimana pun masih ada ruang untuk dibuat sesi pencerahan dan penjelasan sebelum proses pengundian diadakan di Parlimen.
“Maklumat diperoleh sebahagian ahli parlimen masih belum mencukupi, ada yang tidak lengkap dan masih tidak memahaminya, tambahan isu RUU persendirian masih baharu dan kita masih ada masa untuk buat penjelasan,” katanya, selepas perasmian penutup Muzakarah NGO Islam, semalam.
Menurutnya, antara faktor pindaan Akta 355 dibantah termasuk wujudnya sentimen politik kepartian dari parti berbeza dengan wakil rakyat yang membentangkan pindaan itu.
“Mereka tidak melihat pada isu itu sendiri, tetapi dipengaruhi faktor lain seperti politik. Jika hanya fokus kepada isu pastinya ia lebih mudah kepada semua pihak,” katanya.
Yusri berkata, sentimen lain yang dikaitkan ialah pelaksanaan hudud, sedangkan ia tiada kaitan secara langsung.
“Ini yang mengelirukan ramai pihak, pindaan terhadap Akta 355 itu adalah untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa. Ia juga bertujuan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah yang begitu lama tidak dipertingkatkan,” katanya.
Menurutnya, pindaan terakhir melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dilakukan 32 tahun lalu.
“Aspek lain seperti prasarana, pelantikan dan kedudukan hakim dan peguam syarie telah melalui proses pindaan, namun bidang kuasa ini masih tersangkut. Sebelum ini, pindaan perlembagaan pernah diluluskan tanpa banyak masalah, berbanding pindaan ini ia tidak sebegitu rumit,” katanya.
Yusri berkata, tidak menjadi kesalahan untuk ahli parlimen Islam mahupun bukan Islam menyokong pindaan itu kerana ia hanya bertujuan memperkasa bidang kuasa dan hukuman bawah Mahkamah Syariah, dan termaktub hanya kepada orang Islam.
“Yadim akan terus bantu memantapkan usaha dakwah. Mana-mana isu dibangkitkan, kita akan berikan sokongan dan panduan, termasuk isu ini yang dijadualkan dibentang Oktober depan di Parlimen,” katanya.
Sumber: Sinar Harian