Wan Nur Mustiqah menunjukkan anaknya yang bermasalah jantung. |
KUALA NERANG - Sepasang suami isteri dari Kampung Barokas, merayu kepada orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membiayai pembedahan anak mereka yang menghadapi masalah jantung sempit sejak lahir.
Wan Nur Mustiqah Wan Othman, 24, berkata, anak tunggalnya, Muhammad Darwisy Mohd Fazli, berusia setahun lapan bulan memerlukan sebanyak RM60,000 bagi membiayai pembedahan itu.
“Keadaan anak saya semakin lemah sejak jantungnya membengkak serta paru-paru dimasuki air hingga menjejaskan pembesarannya. Masalah itu menyebabkan dia terpaksa mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) .
“Semasa berumur enam bulan, dia telah melakukan pembedahan pertama di Hospital Pulau Pinang dengan pahanya ditebuk untuk buka salur darah ke paru-paru. Bagaimanapun pembedahan itu tak berjaya sebab tak lakukan pemeriksaan susulan kerana masalah kewangan hingga menyebabkan perlu dibedah sekali lagi 4 Ogos nanti,” katanya.
Menurut Wan Nur Mustiqah, pendapatan suaminya sebanyak RM500 sebagai penoreh getah tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan rawatan anaknya.
Semenjak menghadapi masalah jantung, katanya lagi, Darwisy perlu minum susu khas dan memakai lampin pakai buang sebanyak RM300 sebulan.
"Masalah itu menyebabkan saya dan suami terpaksa menangguhkan rawatan Darwisy kerana masalah kewangan.
"Pernah kami terpaksa membeli susu biasa yang murah hingga menyebabkan anak kami cirit birit. Keadaan ini menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Badannya lemah apabila tidak mendapat susu khas yang diperlukan.
“Keadaannya bertambah serius apabila dia menangis menyebabkan mukanya akan menjadi kebiruan dan ini sangat membimbangkan kami sekeluarga. Oleh itu, saya merayu jika orang ramai dan agensi kerajaan dapat membantu membiayai pembedahan anak saya ini,” katanya.
Bagi membantu pembedahan Darwisy itu, sebuah hospital swasta di Pulau Pinang turut mengambil usaha menubuhkan tabung khas untuknya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah menyumbang kepada Wan Nur Mustiqah Wan Othman di akaun Agro Bank 2-00-5061-00015821-7 atau menghubunginya di talian 0175589593.
Sumber: Sinar Harian