Akaun IG Adira Kali Kedua Digodam, Hilang Ribuan Follower


SEBELUM ini, pelakon Izreen Asminda meluahkan kemarahannya apabila akaun Instagramnya digodam dan kini, giliran akaun Instagram Adira AF pula digodam pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini bukan kali pertama Instagram Adira digodam dan sekali lagi dia telah kehilangan ribuan pengikutnya di laman tersebut.

“Kelab peminat yang memberitahu perkara ini kepada saya. Saya berasa kesal dan terkilan kerana bukan mudah untuk mengumpul followers. Tambah pula, ini kejadian kali kedua.

“Saya mendapat tahu beberapa artis lain juga telah mendapat nasib yang sama seperti saya. Ada antara mereka yang mempunyai lebih ramai followers.

“Akaun itu penting bagi saya kerana ia mendekatkan saya dengan peminat dan juga sebaliknya. Akaun itu juga membantu saya mebuat promosi produk kecantikan saya,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini akaun Instagram milik Emma Maembong, Jihan Muse dan beberapa artis lain juga telah digodam. –Kedahnews.com