Akim Sahkan Stacy Mengandung Anak Pertama


Sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan Akim Ahmad dan isterinya, Stacy yang kini dilaporkan sedang hamil anak pertama.

Berita gembira itu disahkan sendiri suaminya, Akim yang juga merupakan vokalis kumpulan The Majistret menerusi laman Instagramnya.

Akim berkongsikan berita gembira itu buat kali pertma kepada umum sempena hari jadi Stacy yang ke-26.

“Selamat ulang tahun kepada isteriku tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya.

“Semoga di hari ulang tahun isteriku ini baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin. Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini,” tulisnya.


Pasangan kelahiran Akademi Fantasia (AF) ini diijab kabulkan pada 5 Februari lalu.

Stacy juga mempunyai seorang anak angkat yang diberi nama Bella. – Kedahnews.com