Aliff Syukri Jadi Hero Filem Aksi Sebagai "Badang"


POPULARITI yang dikecapi ahli perniagaan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih sinonim dengan gelaran ‘Abang Terlajak Laris’ nampaknya semakin membawa tuah buat dirinya.

Terbaharu, Aliff, 29; dikatakan bakal membintangi sebuah filem aksi komedi berjudul ‘Badang Superb’.

Apa yang menariknya, pengasas produk D’Herbs ini memegang watak utama sekali gus bergelar Hero.

Hal itu turut diakui oleh pengarah filem tersebut, Profesor Datuk A. Razak Mohaideen.

Menurut Profesor Datuk A. Razak, pemilihan itu dibuat kerana populariti yang diraih Aliff.

“Memang antara sebab dia menjadi peneraju utama filem ini kerana popularitinya. Tetapi dalam masa yang sama, saya dapat lihat kesesuaian Datuk Aliff dengan watak Badang ini.

“Buat masa ini kami masih dalam proses melatihnya untuk watak ini. Kalau tidak ada apa-apa, kemungkinan besar pembikinan filem ini akan berlangsung pada bulan ini juga,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan. – Kedahnews.com