Along Raja Lawak Dakwa Isteri Minta Cerai Setiap Hari


SEBELUM ini, Along Raja Lawak atau lebih dikenali sebagai Along Cham didakwa telah menghalau isterinya keluar dari rumah dan kini, Along tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan isterinya, Zila.

“Malu keluarga saya apabila dia menuduh kami tidak membenarkannya menjenguk anak. Dia kena fikir, selama ini, ibu bapa saya yang menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan.

“Kalau difikirkan, dia seharusnya mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya.

“Dia kata keluarga saya tak benarkan dia berjumpa anaknya, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tak kisah dia memburukkan saya, tapi tolong jaga hati keluarga saya.

“Yang buat saya hairan, kena tiba-tiba mencanak rasa kerinduan pada anak kami? Mana pergi naluri keibuannya ketika rancak bergaduh dan minta saya menceraikannya setiap hari melalui perbualan telefon?,” katanya, memetik laporan BH Online.

Tambah Along, dia tidak pernah menghalang Zila dari berjumpa dengan anak mereka dan baru-baru ini, Along telah memfailkan saman nusyuz terhadap Zila kerana keluar rumah tanpa izin darinya. -Kedahnews.com