Anak Dah Ada, Tapi Album Kahwin Tak Dapat-Dapat!


“JANGAN upah dia,” demikian amaran daripada seorang wanita buat pasangan bakal pengantin yang mahu mencari jurufoto untuk majlis perkahwinan.

Wanita bernama Nur Amirah Md. Ideris kecewa dan kesal apabila album perkahwinan yang nanti-nanti daripada seorang jurufoto, Saiful Khalid masih lagi belum dimiliki meskipun usia rumah tangganya hampir cecah 2 tahun.

Malah, mereka juga telah selamat menimang cahaya mata.

Menurut Nur Amirah, dia telah pun membayar harga penuh buat kedua-dua majlis berjumlah RM2,750, tetapi malangnya hingga kini sekeping gambar termasuk softcopy masih belum diterima.


Dakwa wanita itu, apabila ditanyakan tentang album kepada lelaki itu, pelbagai alasan diberi antaranya, telefon rosak, isteri sakit, masalah kilang dan bermacam-macam dalih lagi.

Awalnya, dia memberi peluang kepada lelaki itu atas dasar simpati dan tolong perniagaan orang Melayu, namun sayangnya segala yang dialami ibarat ‘bagi susu dibalas tuba’.

Dah Ada Anak, Album Kahwin Masih Tak Dapat-Dapat!
Dah Ada Anak, Album Kahwin Masih Tak Dapat-Dapat!
Dah Ada Anak, Album Kahwin Masih Tak Dapat-Dapat!
Dah Ada Anak, Album Kahwin Masih Tak Dapat-Dapat!
Dah Ada Anak, Album Kahwin Masih Tak Dapat-Dapat!
Dah Ada Anak, Album Kahwin Masih Tak Dapat-Dapat!

1Difahamkan, Nur Amirah bukanlah pelangan pertama yang mengalami pengalaman pahit mendapat servis jurufoto ini.

Carian kami di Google turut mendapati aduan yang sama mengenai Saiful Khalid apabila seorang wanita mendakwa sudah 10 bulan berkahwin namun masih lagi belum mendapat album perkahwinan.

Dalam pada itu, Nur Amirah turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat memalukan jurufotonya tetapi tidak mahu pengantin lain menerima nasih seumpamanya. – Kedahnews.com