Anjing Enggan Lepaskan "Zakar", Digonggong Setengah Jam


Seekor anjing yang sedang dibawa bersiar-siar oleh tuannya di sebuah taman rekreasi di United Kingdom, telah menjumpai satu dildo iaitu alat bantuan seks menyerupai penis yang bersaiz besar.

Dildo gergasi berwarna hitam itu digonggong anjing bernama Galaxy yang turut mengejutkan pengunjung taman Merseyside, Liverpool tersebut sebaik nampak binatang berkenaan selamba mengonggong ‘zakar’ tersebut.

Namun, Galaxy dikatakan pada awalnya enggan melepaskan dildo berwarna hitam tersebut selama hampir setengah jam mungkin kerana menyangka ia adalah tulang untuk makanan anjing.


Pengunjung taman melahirkan kehairanan mereka dengan penemuan dildo tersebut yang dilihat agak bersaiz luar biasa besarnya dengan batang zakar tiruan lain bersaiz normal.

Malah seorang pengunjung turut mendakwa itu adalah antara dildo paling besar yang pernah dilihatnya.


Sehubungan penemuan itu, pemilik Galaxy menggunakan dildo itu sebagai ‘hadiah trofi’ untuk kejohanan amal golf yang diadakan oleh komuniti di kawasan perumahannya baru-baru ini. –Kedahnews.com