Atlit Menangis Tersentuh Dilamar Kekasih Atas Podium Olimpik


ATLIT sukan terjun China, He Zi menerima kejutan yang paling manis dalam hidupnya apabila dilamar kekasihnya di hadapan ribuan penonton ketika majlis penyampaian medal di kejohanan sukan terbesar dunia, Olimpik Rio, semalam.

He Zi dilamar rakan sepasukannya, Qin Kai sebaik sahaja selepas dia menerima pingat perak dalam kategori Terjun Papan Anjal 3 Meter.

china1
china2
china3
Qin Kai melutut di hadapan He Zi sambil mempersembahkan cincin untuk melamar teman wanitanya dan dia bernasib baik kerana He Zi menerima lamarannya itu.

Qin Kai kemudiannya menyarungkan cincin kepada He Zi dan turut menghadiahkan sekuntum mawar merah dalam balang kaca kepada bakal isterinya itu.

“Kami sudah enam tahun bercinta tapi saya langsung tak jangkakan dia akan melamar hari ini. Perkara yang menyentuh hati saya adalah saya fikir lelaki inilah yang boleh saya percayai seumur hidup saya,” kata He Zi. –Kedahnews.com