Abdul Azeez (kiri) melihat tangan palsu yang dipakai Mohd Sharif. |
BALING - Seorang remaja yang kehilangan sebelah tangan selepas terlibat dalam kemalangan menerima bantuan tangan palsu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling dan Pejabat Parlimen Baling, baru-baru ini.
Pegawai JKM daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, remaja berkenaan, Mohd Sharif Shaari, 17, menerima tangan palsu yang bernilai RM12,000.
"Tangan palsu ini ditempah khas mengikut kesesuaian Mohd Sharif.
"Mohd Sharif kehilangan sebelah tangan selepas terlibat dalam kemalangan pada 2004 lalu," katanya.
Katanya, diharap pemberian tangan palsu itu akan menambah keyakinan Mohd Sharif untuk berhadapan dengan orang ramai.
Majlis penyampaian bantuan itu disempurnakan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Sumber: Sinar Harian