KUALA LUMPUR – Seorang bakal jemaah haji dari Kuala Nerang, Kedah, meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam akibat komplikasi tekanan darah tinggi.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan berkata Allahyarham Kamarulzaman Masaod Zainal, 53, dilaporkan jatuh sakit di KLIA setelah tiba dari Alor Setar dengan penerbangan KT9K pada pukul 12.55 tengah malam.
Bagaimanapun setelah dikejarkan ke Hospital Putrajaya, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 6.45 pagi tadi.
Menurut kenyataan itu, Allahyarham dan isterinya Siti Minah Md Lazim, 49, dijadualkan berlepas ke tanah suci dengan penerbangan KT9 dari KLIA ke Madinah pada pukul 5 pagi semalam.
Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke kampung halaman pada pukul 12.40 tengah hari diiringi isteri serta adiknya dan akan disolatkan di Masjid Titi Gajah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Titi Gajah, semalam.
Dalam pada itu Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah memaklumkan kepada isteri Allahyarham bahawa pihaknya akan melaksanakan badal haji untuk suaminya pada tahun ini serta membantu dalam urusan pengkebumian jenazah.
“Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan anggota TH merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham. Kami turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, mendapat keampunan Allah serta ditempatkan di kalangan orang-orang soleh,” katanya. – BERNAMA