ALOR SETAR - Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat yang merupakan bekas Pegawai Khas Politik kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa bekas Menteri Besar Kedah itu amat bercita-cita untuk menjadi "Perdana Menteri segera".
Haris dalam satu kenyataan media sebentar tadi mendedahkan beberapa langkah awal Mukhriz untuk menjulang diri ke peringkat pimpinan tertinggi UMNO telah gagal, namun tergamak menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pada saya, perjuangan Datuk Seri Mukhriz ini adalah untuk mencapat cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri secara "fast track" (laluan segera).
Haris juga mengaku bahawa dirinya merupakan antara pemimpin jentera Mukhriz.
Dia dan rakan-rakan di dalam kem Mukhriz telah menyarankan agar bekas Menteri besar itu bertanding Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan agung parti itu pada tahun 2013 ekoran tewas merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan sebelumnya.
Namun katanya, Mukhriz enggan menerima saranan rakan-rakan tersebut dan telah tewas bertanding jawatan Naib Presiden, lantas menyalahkan Perdana Menteri atas kekalahan itu.
Setelah itu bekas Setiausaha Kerja (SUK) UMNO Negeri lantikan Mukhriz mendakwa ekoran kekalahan itu juga maka wujud usaha pihak tertentu untuk melakukan sabotaj terhadap 1MDB pada tahun 2014 supaya dapat menjerat dan menjatuhkan Najib.
"Ada pihak tertentu dikatakan memulakan perancangan untuk sabotaj IPO 1MDB pada awal tahun 2014 supaya 1MDB bermasalah.
"Isu 1MDB kemudiannya akan digunakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib," dedahnya lagi.
Kata Haris, sebaliknya jika Mukhriz menang jawatan Naib Presiden, bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan memaksa Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Tindakan itu dikatakan akan dibuat semata-mata untuk memberi laluan segera kepada anaknya supaya mudah mendaki puncak kepimpinan UMNO sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Najib.
Haris mendakwa, ekoran kegagalan perancangan tersebut, Mahathir nekad menjatuhkan Najib dan cuba menaikkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri "sementara" selepas berjaya mencapai matlamat itu.
Kemudian, selepas anak Mahathir itu berjaya merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan agung UMNO 2018 nanti, Muhyiddin akan dipaksa melepaskan jawatan yang disandang dan menyerah tampuk pemerintahan negara pada Mukhriz.
"Tun Mahathir juga mahu jatuhkan Datuk Seri Najib dan naikkan Tan Sri Muhyiddin.
"Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri "temporary" (sementara) sahaja, sementara menunggu masa Datuk Seri Mukhriz menang pertandingan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2018," katanya.
Selain itu, bekas pemimpin kanan Mukhriz itu juga melihat permohonan menubuhkan parti baru, Parti Pribumi Melayu Bersatu (Pribumi), hanyalah sebagai satu platform untuk membuka laluan kepada Mukhriz mencapai cita-citanya menjadi 'Perdana Menteri segera'. - Kedahnews.com