KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memukul ibunya yang berusia 63 tahun ketika mabuk.
Majistret Adira Adnan menjatuhkan hukuman itu selepas V. Maanikkkam, 24, mengaku bersalah atas kesalahan itu.
Beliau mengarahkan hukuman dijalankan bermula dari hari dia ditangkap pada Khamis.
Maanikkkam melakukan kesalahan itu terhadap ibunya M. Suparma pada pukul 1 pagi di sebuah flat di Dang Wangi pada 2 Ogos.
Dalam pengakuan rayuannya, Maanikkkam yang tidak diwakili peguam berkata, dia hanya memperoleh gaji RM1,200 sebulan dan amat kesal dengan tindakannya.
Dia berkata bahawa tidak akan mengulangi perbuatan itu sekali lagi dan memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum.
Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi meminta hukuman yang lebih berat.
Dalam fakta kes, Maanikkkam sedang mabuk apabila dia menumbuk Suparma di pipi kiri, dan ibunya itu mengalami kecederaan di mulut dan kepala.
Maanikkkam juga telah menarik rambut ibunya.
Sumber: mStar