Benar Pelakon Lucah Masuk Cetus Kemarahan Rakyat Iran

Pengakuan seorang pelakon filem lucah di Britain, Candy Charms bahawa dia menjalani pembedahan hidung di Iran, telah mencetuskan kemarahan penduduk di negara Islam itu kerana membenarkan pelakon lucah masuk ke situ.

Charms dalam instagramnya yang mempunyai 117,000 pengikut telah memuatnaik gambar dia bertudung, di dalam sebuah teksi di Tehran.

“Hidung saya tidak lurus dan mereka (Iran) adalah yang terbaik di dunia dalam pembedahan hidung.

“Suka Tehran. Penduduknya baik hati. Begitu teruja dengan perjalanan itu.,’’ katanya.

Charms menyangka dengan menulis demikian maka dia akan dipuji sebaliknya lebih 40,000 penduduk Iran mengecamnya kerana dibenarkan masuk ke republik Islam itu apatah lagi dia seorang pelakon lucah.

Mereka mempersoalkan kenapa dia dibenarkan ke Iran. Charms kemudiannya memadamkan gambar berkenaan namun dia memuatnaik dalam akaun satu lagi.

Pelakon berkenaan mengambil peluang daripada kos rendah yang ditawarkan di Iran bagi pembedahan plastik, iaitu 60 peratus lebih rendah daripada kos menjalani rawatan sama di Britain.

Prosedur pembedahan plastik yang dijalankan di Iran juga dikatakan melebihi daripada prosedur yang sama, yang dijalankan di Los Angeles setiap tahun. -Kedahnews.com