Benarkah Wak Doyok Bertunang Dengan Azrinaz Mazhar Hakim?


SELEBRITI fesyen popular, Wak Doyok dilaporkan sudah bertunang dengan bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim.

Menurut laporan sebuah akhbar, pasangan itu dikatakan bertunang pada 23 Julai lalu di kediaman Azrinaz di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Majlis pertunangan pasangan itu diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Difahamkan, pasangan ini belum menetapkan tarikh pernikahan mereka.

Memetik sumber yang menyampaikan khabar gembira itu kepada akhbar, “Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tiada ramai tetamu luar dijemput hadir. Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana.”

Tahniah diucapkan buat Wak Doyok dan Azrinaz sekiranya berita ini benar sepertimana disampaikan sumber tersebut. –Kedahnews.com