PETALING JAYA - Walaupun cuaca panas terik, ramai yang berkunjung ke taman rekreasi Taman Jaya pada Ahad untuk cuba menangkap Pikachu.
"Di sini jadi tumpuan ramai untuk bermain Pokemon Go kerana mereka yang ada PokeMap akan beritahu secara khusus di mana pokemon itu," kata seorang pemain Pokemon Go yang enggan dikenali.
Seorang pemain Pokemon Go, Thilib Sivapragasan, 25, datang bersama dua rakannya untuk menangkap Pikachu.
"Kami datang dari Puchong bila kami dengar ada banyak Pikachu di sini. Kami mahu tangkap banyak Pikachu untuk kami kembangkan Pikachu menjadi Raichu," katanya.
Thilib berkata, kebiasaannya dia ke taman tiga kali sebulan untuk berjalan-jalan tetapi kini setiap minggu apabila semakin bermotivasi untuk berbuat demikian walaupun cuaca panas.
Sekumpulan besar pengunjung dilihat berjalan-jalan sekitar taman untuk menangkap Pikachu.
Salah seorang daripada mereka, Vincent Ng, 48, membawa anak lelakinya berusia lapan tahun ke taman itu untuk menangkap Pokemon.
"Kami baharu sahaja bermain permainan ini. Saya membawa dia (anak) keluar daripada membiarkan dia duduk di rumah di depan komputer bermain Minecraft," katanya.
Sementara itu, Lailatul Zuraidah, 50 berkata, suaminya yang mempengaruhi mereka sekeluarga terhadap kegilaan Pokemon.
"Ia bukan pertama kali kami di taman kerana biasanya kami membawa anak-anak ke Taman Tasik Shah Alam, tetapi sejak anak-anak mahu menangkap Pikachu, maka saya bawa mereka ke sini," katanya.
Ibu kepada dua anak itu berkata, dia hanya memberikan masa selama 30 minit kepada anak-anaknya untuk menangkap Pikachu.
Tambahnya, terdapat pro dan kontra dalam konteks menangkap Pokemon.
"Sebelum ini tiada siapa mahu datang ke taman, tetapi sejak Pokemon Go diperkenalkan di sini, tempat ini dipenuhi ramai orang. Bermain permainan ini mengambil banyak masa berbanding menggunakan masa untuk perkara lebih penting," katanya.
Sumber: mStar