Berbeza Agama, Kekasih Raja Ilya Lebih Tahu Tentang Islam


PELAKON Raja Ilya mengakui dia tidak mahu terburu-buru untuk mengakhiri zaman bujang bersama kekasih jarak jauhnya yang berasal dari Eropah dan hanya menyerahkan segala ketentuan takdir kepada Tuhan.

“Saya masih lagi bersamanya tetapi kami masing-masing sedang sibuk dan belum mahu mengakhiri zaman bujang,” katanya kepada sebuah blog hiburan.

Menurut Raja Ilya, ibu bapa dan keluarganya tidak pernah memberikan tekanan kepadanya untuk berkahwin walaupun sudah meningkat usia.

Tambahnya, dia dan kekasihnya hanya berhubungan melalui Skype dan mereka tidak mempunyai masalah walaupun berbeza agama dan budaya.

“Hubungan kami sangat complicated. Hubungan kami berjalan dengan baik walaupun dia seorang yang kuat agamanya.

"Dia merupakan seorang yang open minded, malah dia lebih mengetahui agama Islam berbanding saya sendiri,” katanya.

Raja Ilya juga mengakui dia bersedia untuk mengundurkan dirinya jika perbezaan agama yang dianuti mereka menjadi penghalang kepada hubungan mereka. – Kedahnews.com