Beregu Campuran Negara Mara Ke Separuh Akhir Olimpik

Reaksi pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sebaik sahaja berjaya menewaskan pasangan Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba, 21-17, 21-10 pada aksi suku akhir Olimpik Rio 2016, pagi Isnin. -foto; REUTERS
RIO DE JANEIRO - Hari ini adalah yang menggembirakan buat pasangan pasangan beregu campuran Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Peng Soon-Liu Ying mara ke separuh akhir acara badminton pada Olimpik Rio 2016 dengan menewaskan pasangan Poland Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba, 21-17, 21-10 pada aksi suku akhir, pagi Isnin.

Mereka mengambil masa selama 46 minit untuk mencatat keputusan terbaik bagi acara ini di Olimpik dan memperbaiki rekod mereka terhadap pasangan Poland itu.

Kemenangan ini juga merupakan satu cara untuk mereka membalas dendam apabila kalah kepada Mateusiak-Zieba dalam pertemuan terakhir mereka di Terbuka Jerman, Februari lalu.

Sumber: mStar