YAN - Seorang wanita terpaksa bersalin di dalam kereta apabila kenderaan yang dipandu oleh suaminya terbabit dalam kemalangan ketika perjalanan ke Hospital Yan tengah malam, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, kereta Perodua Viva dinaiki ibu muda, Nurul Jannah Mansor, 19, dan suaminya, Muhammad Sholehin Yunus, 20, dilanggar kenderaan dipandu seorang warga emas.
“Sampai di Jalan Ruat, kereta dipandu seorang wanita warga emas dari arah Yan menuju ke Tg Jaga membuat pusingan U dan terbabas lalu masuk bertentangan.
"Kenderaan berkenaan kemudian merempuh kereta yang dinaiki oleh pasangan suami isteri itu,"katanya.
Katanya, pasangan suami isteri dan juga warga emas tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan berkenaan.
Muhamad Halim berkata, Nurul Jannah yang sarat mengandung tidak sempat ke hospital dan selamat melahirkan anak di dalam kereta.
“Nurul Jannah melahirkan seorang bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan pegawai perubatan dari Hospital Yan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian