MELAKA – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pada pandangan 35 ahli ekonomi United Kingdom (UK), adalah kaedah terbaik membantu perkembangan ekonomi tempatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata melalui pemberian itu, rakyat akan membelanjakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan dan secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi negara.
“Tolong orang apa salahnya. Tolong orang miskin pun dia kata salah bagi makan dedak pulak, saya bagi BR1M kata makan dedak… 35 para ahli ekonomi di UK kata BR1M adalah kaedah yang terbaik, bukan saya sebut.
“…35 para ekonomi di UK kata BR1M itu terbaik kerana bila kita bagi BR1M, orang dapat duit dan pergi kedai beli barang, pergi pasar tani beli ikan, sayur, kedai beli kasut, baju. Ekonomi tempatan berkembang kerana ada suntikan ekonomi,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini, semalam.
Beliau berkata segala usaha yang dilakukan kerajaan telah banyak membantu rakyat dalam semua aspek kehidupan termasuk mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dalam setiap projek atau pembangunan yang dilaksanakan.
Katanya sebagai contoh, projek pengangkutan yang dibangunkan kerajaan seperti tren sistem transit aliran ringan (LRT) dan Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) membuka peluang pekerjaan kepada siswazah kejuruteraan.
Najib berkata projek tersebut bukan sahaja membantu mengurangkan masalah sistem pengangkutan di negara ini tetapi ia menguntungkan banyak pihak terutamanya rakyat dan negara.
Beliau berkata pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang akan melibatkan laluan di Ayer Keroh Melaka akan turut menjadi pemangkin kemajuan ekonomi negara dan negeri Melaka.
Sementara itu, Najib berkata pada pilihan raya umum akan datang, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Melaka perlu berusaha lebih gigih bagi memastikan kemenangan yang lebih besar untuk parti itu di negeri ini.
“Kita nak tambah satu lagi parlimen, (parlimen) Kota Melaka itu bonus tetapi (parlimen) Bukit Katil wajib kita menang balik. DUN (Dewan Undangan Negeri) menang 27 daripada 31. Saya akan bantu supaya berjaya,” katanya.
Pada masa ini di Melaka, BN memegang empat daripada enam kerusi parlimen manakala kerusi DUN, 21 daripada 28 kerusi. Dilaporkan sebelum ini persempadanan semula di negeri ini dijangka akan menambah tiga DUN baharu menjadikan keseluruhan kepada 31 kerusi. – BERNAMA