Kecacatan kaki kiri yang dialami Mohd Rejab tidak pernah menghalangnya untuk menjadi tukang kayu bagi menampung perbelanjaan keluarganya. |
POKOK SENA - Kemalangan jalan raya yang dialami pada 2012 lalu, sehingga menyebabkan kaki kirinya dipotong bukan alasan untuk terus bekerja.
Bagi Mohd Rejab Man, 63, dari Kampung Baru ,Telok Jamat, Mukim Tualang yang cacat kaki kiri akibat kemalangan itu berkata, dia tidak mengambil kesempatan sebagai orang kurang upaya (OKU) untuk merintih memohon bantuan demi menampung perbelanjaan keluarganya.
Menurutnya, sebelum ini dia mengusahakan sawah sebagai pendapatan utamanya, tetapi selepas terlibat kemalangan dia tidak mampu lagi bekerja.
“Bagaimanapun semasa saya melawat Cameron Highland, saya lihat sebuah rumah yang menggunakan kayu terpakai untuk perhiasan rumahnya. Ini memberi ilham kepada saya untuk menjadi tukang kayu dan menjadi punca pendapatan baru.
“Saya terpaksa cari sumber pendapatan baru bagi menampung perbelanjaan harian dan anak yang sedang menuntut di universiti. Walaupun tidak mempunyai asas kemahiran pertukangan kayu, saya cuba lakukannya hinggalah kini banyak hasil kerja tangan saya berjaya dijual,” kata bapa kepada enam anak itu.
Kata Mohd Rejab, dia tidak mempunyai asas kemahiran pertukangan kayu, tetapi mungkin dia mewarisi kemahiran itu daripada datuknya yang juga seorang tukang.
Katanya, dia sanggup mencari kayu terpakai untuk menghasilkan pelbagai produk untuk pelanggannya.
“Alhamdulillah selepas beberapa kali mencubanya, kini sudah mampu melakukannya dengan baik walaupun agak lambat kerana masalah untuk bergerak.
“Antara produk kayu yang dihasilkan ialah gazebo, kerusi, meja, penyidai kain, buaian dan sebagainya.
“Semua barangan yang sudah siap, saya akan letak di hadapan rumah bagi memudahkan orang ramai melihatnya,” katanya.
Menurut Mohd Rejab, semua hasil pertukangan itu dia usahakannya sendiri kecuali jika perlu memasang bumbung yang turut dibantu anak serta rakannya.
Katanya, sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan, malah ada yang sanggup membawa kayu dan papan sendiri untuk buat apa yang mereka inginkan.
“Kini saya sangat bersyukur walaupun kaki saya telah diambil oleh ALLAH SAW selepas meminjamnya sekian lama, kini saya mampu bekerja tanpa meminta sedekah.
“Saya reda apa yang terjadi kepada diri saya dan hari ini saya mahu buktikan bahawa kecacatan tidak menghalang untuk saya bekerja mencari rezeki halal,” katanya.
Sumber: Sinar Harian