Tertuduh (kanan) dibawa keluar selepas prosiding mahkamah |
SUNGAI PETANI - Seorang buruh dipenjarakan 12 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini kelmarin, kerana mencederakan isterinya menggunakan sebatang penyapu.
Majistret Adibah Husna Zainal Abidin membuat keputusan itu, selepas Irman Mohamad Yusoff, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, Irman Mohamad didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya, Shabibah Muhamad, 40, dengan menggunakan sebatang penyapu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Bandar Puteri Jaya di sini, kira-kira jam 6 pagi, pada 3 Jun lalu.
Untuk kesalahan itu, Irman Mohamad didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 (A) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau didenda, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya.
Dalam rayuan, Irman Mohamad yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu tertuduh dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan mempunyai dua anak dan insaf atas perbuatannya.
“Tertuduh berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya pada masa akan datang. Oleh itu, saya memohon pihak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara minimum,” katanya.
Bagaimanapun, Nurul Faraheen memohon Imran Mohamad dikenakan hukuman penjara yang setimpal dan bersifat pengajaran dengan mengambil kira dua rekod kesalahan lampau tertuduh pada tahun 2006 dan 2007 di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
“Walaupun tertuduh membuat pengakuan bersalah dari peringkat awal pendakwaan, saya berharap pihak mahkamah mengambil kira faktor keseriusan kesalahan dilakukan oleh tertuduh iaitu mencederakan isteri dan anaknya sendiri.
“Saya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang setimpal dari tarikh tertuduh disabitkan,” katanya.
Bagaimanapun, selepas membuat pertimbangan rayuan dikemukakan pihak pendakwaan dan wakil YBGK, Adibah Husna memerintah hukuman penjara dan sebatan berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Jun lalu.
Sumber: Sinar Harian