Bertuah sungguh bergelar anak kepada pelakon dan pengacara terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.
Bukan sahaja menerima tempis populariti ibunya, tetapi juga mampu memiliki barangan mewah dan berjenama hasil pemberian ibunya.
Pun begitu, sememangnya tidak mustahil bagi insan bernama Che Ta kerana dia sememangnya berkemampuan untuk membelikan barangan jenama buat anak-anaknya.
Terbaharu, Che Ta mendedahkan dia sekeluarga bakal bertolak ke Santorini, Greece bagi meraikan sambutan hari jadi anak sulungnya, Ammar Effendy yang ke-20.
“Lokasi itu adalah pilihan Ammar sendiri untuk meraikan hari lahirnya kali ini. Selepas penat bekerja dan sibuk mengembangkan perniagaan sedia ada, percutian ke luar negara adalah untuk berehat bersama keluarga.
“Kami sekeluarga akan berangkat ke sana pada penghujung bulan depan. Sebelum itu, kami sekeluarga akan bercuti ke Sydney, Australia awal bulan depan,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Che Ta memberitahu dia ingin membuat kejutan hadiah hari jadi buat anaknya
“Jika tahun lalu, saya menghadiahkannya jam tangan mewah, kali ini saya belum memberitahunya lagi,” katanya. –Kedahnews.com