SELEPAS kehilangan kereta mewah miliknya, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tidak berpuas hati dan menyifatkan pihak pengurusan kondominium kediamannya sebagai sampah.
“Pengurusan kondo di kediaman saya memang tidak boleh diharap dan saya anggap mereka sama sahaja seperti ‘sampah’.
“Saya bayar bil perkhidmatan setiap bulan tetapi mengapa keselamatan penghuni masih tidak dapat dijamin?” katanya, memetik Harian Metro.
Menurut Che Ta, sehingga keluarganya masih belum mengetahui apa-apa perkembangan tentang keretanya dan pihak polis juga masih menjalankan siasatan tentang kejadian tersebut.
Che Ta juga tidak menolak kemungkinan membeli kenderaan baharu kerana dia memerlukan kenderaan yang besar untuk kemudahannya ke tempat kerja.
“Peluang untuk kereta itu ditemui macam tipis sahaja. Saya dengar kalau orang hilang kereta, jarang ada yang berjaya dapatkannya semula.
“Bukan sikit duit yang diperlukan untuk membeli kereta baru tapi saya tetap kena beli kereta besar untuk memudahkan saya pergi kerja. Buat masa ini saya belum putuskan untuk beli kereta jenama apa,” katanya. –Kedahnews.com