Datuk Red Pun Nak Isteri Pertama Hamil Juga


SEBELUM ini suami kepada Adira AF, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red telah mengesahkan bahawa penyanyi itu sedang hamil dan pada masa yang sama dia juga menginginkan isteri pertamanya hamil.

Perkara itu telah dikongsikan oleh isteri pertama Datuk Red yang dikenali sebagai Datin Red namun dia merasakan ini bukan masa yang sesuai untuknya mengandung.

“Saya tahu Adira hamil semasa sambutan Hari Raya tempoh hari. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan terlalu stress.

“Saya berasa biasa sahaja ketika mengetahui dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasan yang sama.

“Suami ada juga memberitahu saya bahawa Adira mengandung dan dia juga meminta saya untuk hamil sekali.

“Walau bagaimanapun, bagi saya biarlah dahulu kerana belum masanya untuk saya kembali mengandung,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Menurut Datin Red, walaupun hubungan dia dan Adira tidak begitu mesra, dia tetap mendoakan perkara yang baik untuk madunya itu.

Dia tidak mahu perkara buruk atau sesuatu yang tidak baik menimpa Adira. – Kedahnews.com