Demam Pokemon Go, Peminat Warnakan Anjing Jadi Pikachu


POKEMON Go telah ‘menguasai’ dunia dengan orang ramai sanggup mengambil risiko semata-mata kerana minat terhadap pemainan terbabit.

Namun salah seorang peminat Pokemon Go telah bertindak di luar batasan apabila dia mewarna anjingnya dengan warna kuning untuk menyamakannya dengan Pikachu, salah satu watak dalam Pokemon.

“Mereka jadikan anjing mereka seperti Pikachu,” dalam kapsyen gambar berkenaan dan video anjing tersebut kini menjadi viral.

Ia dimuatnaik ke media sosial oleh Elihudi Justin Urassa yang kebetulan telah bertembung dengan anjing terbabit.

Klip video itu telah ditonton 3.4 juta namun netizen tidak teruja dengan perbuatan berkenaan malah mereka mengecamnya kerana telah mendera seekor binatang.

Elihudi sendiri turut memberikan komen bahawa dia kesal dengan tindakan pemilik anjing tersebut.

Ia disifatkan sebagai perbuatan bodoh dan kejam semata-mata mahu memenuhi kegilaan terhadap pemainan Pokemon Go itu. Klip video itu turut mendapat perhatian aktivis binatang yang mahu tindakan diambil dengan segera. –Kedahnews.com