GEORGE TOWN - Jika anda ingin merokok di zon larangan dalam tapak warisan, sila berbuat demikian di lokasi separa bulatan berwarna kuning dengan papan tanda 'zon merokok'.
Ia adalah satu-satunya ruang di mana anda dibenarkan merokok di tapak warisan.
Sehingga kini terdapat kira-kira 30 lokasi yang diwujudkan khas untuk perokok dalam tapak warisan.
Namun jika ditangkap merokok di luar bulatan berkenaan, denda RM300 bakal dikenakan kepada pesalah.
"Oleh kerana sesetengah perokok tetap mahu merokok dan kami tidak mahu mengeluarkan denda sepanjang masa, kami mencipta sudut-sudut merokok bagi mereka.
"Anda mempunyai hak untuk merokok, tetapi anda tidak mempunyai hak untuk mencemarkan udara dan mendedahkan orang tersayang dan rakan-rakan dengan asap rokok," kata Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.
Penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di seluruh tapak warisan dunia di sini kecuali di rumah-rumah persendirian telah bermula pada 1 Januari.
Walaupun sudut merokok adalah biasa di lapangan terbang dan hotel, George Town dipercayai menjadi satu-satunya daerah tidak boleh merokok di Malaysia dengan pengenalan sudut khas untuk perokok.
Sudut-sudut itu tidak berbumbung supaya asap akan menghilang dengan cepat.
Anda juga perlu membawa bekas abu rokok mudah alih sendiri.
"Tiada siapa yang akan membuang puntung rokok anda untuk anda. Simpan puntung rokok sehingga anda menemui tong sampah," kata Phee.
Sumber: mStar