KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memutuskan berkenaan penggunaan vaksin denggi pertama di dunia – Dengvaxia dalam merawat pesakit di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr, Hilmi Yahaya berkata ia berikutan terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi di negara ini, sedangkan vaksin itu tidak meliputi semua jenis rawatan demam denggi.
“Ada denggi Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4, mungkin vaksin ini berkesan untuk denggi satu dan dua tetapi tidak (berkesan) pada denggi tiga dan empat.
Vaksin ini mungkin juga hanya berkesan pada kanak-kanak umur sembilan tahun ke atas, tetapi bagaimana yang bawah umur dari itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 2nd International Conference Table Top Exercise and Communication in Disaster Medicine (TOPCOM) 2016 di sini, semalam.
Menurut Hilmi, perkara itu juga masih dalam peringkat kajian oleh pakar-pakar di kementerian itu.
“Namun pengeluar syarikat vaksin mahu Dengvaxia didaftarkan dan ia dalam proses pendaftaran, namun kita masih diperingkat kajian dan sekiranya vaksin itu didaftarkan, kita belum tentu guna,” katanya lagi.
Dengvaxia dibangunkan oleh Pasteur, cawangan vaksin Sanofi, sebuah syarikat farmaseutikal Perancis.
Ia telah menjalankan kajian ke atas penyakit tropika itu selama lebih 20 tahun dengan kos 1.5 billion euro (kira-kira RM7 billion) termasuk kos pembuatan vaksin.
Setakat ini, vaksin itu dilesenkan di Mexico, Filipina, Brazil, El Salvador dan Costa Rica. – BERNAMA