Gambar Hiasan |
Seorang wanita telah mendedahkan bagaimana dia dipaksa mengahwini sepupunya di Pakistan dalam keadaan senapang diacukan ke kepalanya ketika usianya baru saja mencecah 15 tahun setelah termakan "helah".
Tabassan Khan, yang diberikan nama baru untuk melindungi identitinya, menetap bersama ibu saudaranya di Doncaster sebelum dia dibawa ke Pakistan, kononnya untuk bercuti.
Bapanya berada di penjara kerana membunuh ibunya ketika dia berusia hanya 12 tahun dan terpaksa menetap bersama saudara mara serta tiga adik beradiknya yang lain di rumah berkenaan.
Tabassan yang kini sudah berusia 26 tahun menceritakan pengalaman buruk itu, mengatakan dia dipaksa mengahwini sepupunya yang berusia enam tahun lebih tua darinya di Pakistan dan terpaksa menetap bersama lelaki itu selama tiga tahun.
Dia hanya mengetahui tidak lama kemudian bahawa perkahwinan itu sengaja diatur sedemikian rupa hanya semata-mata supaya sepupunya itu dapat memohon visa untuk datang ke Britain.
Wanita itu kemudian terpaksa naik turun ke mahkamah untuk memohon perceraian di Pakistan dan hanya berjaya kembali ke Britain pada 2008.
“Saya ingatkan saya ke Pakistan untuk bercuti, jadi saya sangat gembira. Malangnya selepas dua bulan, apabila saya tanyakan kepada bapa saudara saya bila saya akan balik ke Britain, dia hanya mendiamkan diri.
“Selepas empat bulan, dia datang ke bilik saya dengan senapang dan memaksa saya mengahwini sepupu saya. Saya enggan tetapi mereka mengugut akan membunuh adik beradik saya.
“Saya tiada pilihan dan dirogol pada malam perkahwinan kami. Dia merogol saya selama tiga tahun,” katanya. -Kedahnews.com