JOHOR BAHRU – Hanya gara-gara menegur rakan sekelasnya berbuat bising, seorang pelajar tingkatan dua menjadi mangsa apabila dibaling pembaris plastik hingga menyebabkan matanya cedera dan berkemungkinan buta.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang Isnin lalu, mangsa H Shalini, 14, dikatakan sedang mengikuti kelas seni sebelum menegur pelajar lelaki itu supaya tidak membuat bising.
Kejadian dibaling pembaris itu sekali gus menyebabkan mata Shalini berair dan membengkak.
Apa yang lebih mendukacitakan, menurut Shalini, rakannya sudah memaklumkan kepada guru di dalam kelas namun tidak mengambil sebarang tindakan sebaliknya meminta rakannya itu kembali ke tempat duduk.
“Selepas tamat waktu sekolah, bapa saudara saya yang menjemput terkejut melihat mata saya merah sebelum membawa saya ke klinik.
“Doktor tidak memberi apa-apa rawatan sebaliknya merujuk saya ke hospital pakar kerana khuatir mata saya mengalami jangkitan kuman,” katanya.
Sementara itu, bapa saudaranya, Dr. KM Letchmighandan berkata, pemeriksan hospital mengesahkan Shalini mengalami kecederaan selaput mata kanan sepanjang satu sentimeter.
Berikutan itu, Shalini terpaksa menjalani pembedahan membuang selaput koyak, Isnin lalu dan bakal menjalani pembedahan kedua dalam tempoh sebulan bagi memasukkan silikon selaput mata.
Dalam pada itu, Dr KM Letchmighandan memberitahu, dia terkilan dengan kejadian menimpa anak saudaranya itu kerana kini berdepan risiko kehilangan penglihatan.
“Bagaimanapun tiada jaminan matanya sembuh sepenuhnya dan sekiranya dia mengalami kecacatan, ia menjejaskan masa depan.
“Saya juga tidak berpuas hati dengan tindakan guru yang berdiam diri pada waktu kejadian dan tidak segera menghubungi ibu bapa atau penjaga bagi memaklumkannya supaya kami dapat membawanya ke klinik,” katanya.
Satu laporan polis juga telah dibuat di di Balai Polis Nusajaya berkenaan kes ini. – Kedahnews.com