Faradhiya Umum Sudah Sedia Kahwin, Teringin Anak


PELANTUN lagu Bertakhta Di Hati, Faradhiya akui dirinya masih solo dan sibuk dengan kerjaya seninya sehinggakan tiada masa untuk memikirkan hal-hal berkaitan cinta.

Sekiranya punya masa yang terluang, dia banyak habiskan dengan aktiviti-aktiviti kegemarannya seperti memasak dan bersenam.

Meskipun pernah menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka 10 bulan lalu, namun perhubungan mereka tidak bertahan lama.

“Rasanya kali terkahir saya keluar bersama lelaki adalah sejak 10 bulan yang lalu. Itu pun sekali atau dua saja kerana tiada keserasian diantara kami.

“Kemudian apabila sudah sibuk bekerja, masa rehat saya banyak dihabiskan di rumah melakukan aktiviti seperti memasak dan bersenam,” katanya.

Faradhiya atau nama sebenarnya Faradhiya Mohd Amin,32; berkata, jauh disudut hatinya ingn mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata seperti rakan-rakan selebriti yang lain.

“Sejujurnya saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya pun teringin nak ada anak. Kawan baik saya semua sudah berumah tangga,” luahnya kepada laman BH Plus.

Selain sibuk dengan kerjaya seni yang semakin memuncak, wanita kacukan Melayu-England ini sering dilabel sebagai seorang yang ‘high maintenance’, namun disangkal oleh dirinya.

“Hakikatnya, saya seorang yang sangat sederhana. Jauh berbeza dengan apa yang saya tampil di televisyen. Kalau nak tahu, sayalah ‘bibik’ di rumah, dan saya juga yang selalu ke pasar basah untuk membei barangan memasak,” jelasnya.

Manakala dalam perkembangan terbaru penyanyi ini, dia bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Milikku Abadi ciptaan komposer Tam Spider dan liriknya hasil tulisan Keon. -Kedahnews.com