FAS Pecat Zainal Abidin Hassan Serta Merta


KUALA LUMPUR – Kontrak pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan ditamatkan serta merta oleh Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) susulan prestasi hambar pasukannya yang tumbang empat kali berturut-turut dalam empat aksi terakhir.

Perkara itu disahkan oleh pengurus pasukan, Amirudin Shari menerusi satu kenyataan rasmi kepada media, semalam.

Zainal Abidin merupakan bekas pemain kebangsaan dan pernah menjadi jurulatih skuad kebangsaan serta beberapa pasukan bola sepak negeri. -Kedahnews.com