AKTRES Fathia Latiff disebut-sebut menjadi ‘dalang’ kepada keretakan hubungan selebriti Kamal Adli dan Emma Maembong.
Bagaimanapun, menurut Fathia kepada laman Projek MMO, dia menepis dakwaan tersebut yang mengaitkan dirinya.
“Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanya khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kena profesional. Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional.
“Dulu pun dia ada berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun,” tambahnya, merujuk kepada Aiman Hakim, bekas teman lelaki Fathia.
“Malah sebagai pelakon kita akan berlakon bersama ramai artis lelaki. Saya rasa ini hanyalah gosip yang tidak munasabah. Sengaja dicipta orang.” katanya, memetik portal MMO.
Sebelum ini, Kamal Adli menafikan hubungan percintaannya renggang disebabkan wujudnya orang ketiga.
Kamal, 30, berkata Emma terasa hati kerana banyak perkara penting terlepas pandang dalam hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.
Hubungan mereka dikatakan renggang setelah pasangan ini jarang memuat naik foto-foto mereka bersama di Instagram sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Kamal dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Malah Kamal juga turut menyuarakan pandangan yang sama dan berharap perhubungannya dengan Emma tidak terputus di tengah jalan seperti yang berlaku sebelum ini. –Kedahnews.com