Ramai yang tertanya-tanya mengenai punca perpisahan antara pasangan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim sehingga menimbulkan pelbbagai dakwaan serta tohmahan kepada kedua-dua pihak.
Terbaru, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa Fattah memutuskan hubungan tersebut kerana konon namanya sudah semakin popular tetapi, aktor kacak itu tampil menafikan dakwaan tersebut.
“Spekulasi yang tersebar ini tidak benar. Mustahil saya mahu berpisah dengan orang yang saya sayang sebab sudah popular. Saya berpisah dengan dia atas sebab lain.
“Saya harap mereka di luar tidak mempercayai berita ini. Beberapa bulan sebelum kami berpisah, kami ada berbincang tetapi menemui jalan buntu. Jadi kami berpisah sahaja.
“Bai saya, penting untuk kami berdua simpan sebab sebenar kenapa kami berpisah. Puncanya terlalu peribadi dan saya tidak bermusuh dengan Sherry. Kami berpisah cara baik,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Mengakui masih belum ada sesiapa yang istimewa dalam hidupnya buat masa ini, Fattah juga meluahkan keinginannya untuk mendirikan rumah tangga suatu hati nanti jika sudah berjumpa dengan jodoh yang sesuai. –Kedahnews.com