Kepulan asap tebal memenuhi bahagian enjin feri penumpang berdekatan terminal jeti Kuala Kedah. |
KUALA KEDAH - Seramai 157 penumpang berdepan detik cemas apabila sebuah feri penumpang yang baharu sahaja berlepas dari Terminal Jeti Kuala Kedah mengeluarkan asap tebal di bahagian enjin.
Kejadian yang berlaku sekitar 5 petang baru-baru ini bagaimanapun terkawal dan kesemua penumpang berjaya dipindahkan ke feri penumpang lain untuk meneruskan perjalanan ke Langkawi.
Pegawai Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Kuala Kedah) Abd Manaf Zainon berkata, selepas feri itu bergerak sejauh 20 meter dari terminal, kepulan asap tebal memenuhi bahagian enjin menyebabkan feri terbabit sempat berpatah balik untuk menurunkan penumpang.
“Didapati berlaku kebocoran saluran minyak ke bahagian enjin, namun bersyukur kerana tiada percikan api. Dalam tempoh setengah jam, kesemua penumpang dipindahkan. Situasi terkawal kerana hanya terdapat 157 penumpang berbanding kapasiti penumpang feri melebihi 600 orang,” katanya.
Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama bagi tahun ini dan masalah enjin adalah di luar kawalan.
“Kami bersyukur kejadian berlaku berdekatan terminal. Jika berlaku di tengah laut akan mengambil masa lebih lama untuk pindahkan penumpang. Bagaimana pun, penumpang tidak perlu bimbang kerana peralatan keselamatan feri lengkap dan sentiasa diperiksa untuk pastikan ia berfungsi,” katanya.
Abd Manaf berkata, kebanyakan feri digunakan secara kerap dan usia feri juga antara faktor berlakunya kerosakan.
“Jabatan Laut sentiasa adakan pemeriksaan berkala untuk periksa tarikh luput feri dan kesesuaian penggunaannya. Jika ada feri yang tidak sesuai lagi digunakan, ia akan ditamat perkhidmatan,” katanya.
Menurutnya, jumlah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi adalah mencukupi dan dapat menampung permintaan pelancong, termasuk ketika musim perayaan.
Sementara itu Exco Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, aspek keselamatan feri tidak boleh dipandang lewa kerana ia melibatkan jumlah penumpang yang ramai.
“Sudah lama kita mohon kepada Kementerian Pengangkutan supaya beri perhatian khusus terhadap aspek keselamatan feri penumpang. Ini termasuk mengkaji semula usia sesebuah feri yang dibenarkan beroperasi serta perkhidmatannya sama ada masih dalam keadaan baik atau sebaliknya,” katanya.
Menurutnya, pembinaan terminal jeti Kuala Kedah juga perlu dipercepatkan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna, khususnya pelancong luar.
“Ramai pelancong merungut dan penduduk setempat juga mengadu, pelbagai masalah dibangkitkan berkaitan perkhidmatan feri dan keselesaan di terminal. Sudah bertahun kita tunggu, harap pihak berkenaan ambil peduli,” katanya.
Sumber: Sinar Harian