WAJAHNYA cantik dengan kulit mulus, bentuk badan yang menarik dan persis bintang filem namun jangan terkejut kerana Zhong Xingyue, 23, baru dinobatkan sebagai ‘Miss Perfect Abs’.
Lebih manis gelaran itu diperolehi selepas dia menjadi satu-satunya peserta wanita dalam pertandingan itu.
Zhong yang pernah memasuki sekolah balet merupakan seorang anggota polis dan kini berada di dalam unit SWAT, Gold Eagle, yang berperanan menjaga ketenteraman di Tianjin, China.
Dia berjaya menamatkan latihan sebagai anggota SWAT di Kolej Khas Angkatan Tentera Beijing pada usia 17 tahun.
Wanita cantik ini menyertai pertandingan Perfect Abs yang diadakan di kalangan anggota polis bertujuan mencari pemenang di kalangan mereka yang mempunyai otot yang sempurna termasuk ‘six pack’.
Mereka yang menyertainya juga perlu menepati syarat seperti tinggi, wajah yang menarik dan positif. Zhong berjaya merangkul gelaran Miss Perfect Abs dengan mendapat undi 8,798.
Bagaimanapun pertandingan itu mencetuskan perbahasan hebat di media sosial dengan ada yang memuji kecantikan Zhong namun tidak kurang pula yang mempersoalkan objektif diadakan pertandingan terbabit.
Ini kerana kata mereka, keutamaan anggota polis adalah melindungi orang awam.
Unit SWAT wanita yang pertama di China diwujudkan pada 1985 di Wilayah Sichuan. –Kedahnews.com