Gadis Dibogel, "Dikenduri" Beramai-Ramai Geng Isteri


SHANGHAI - Seorang gadis hampir pengsan apabila diserang sekumpulan wanita yang dipercayai rakan dan saudara isteri teman lelakinya.

Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, insiden tersebut berlaku di tepi jalan sebuah bandar di China.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik ke media sosial di negara tersebut sebelum menjadi viral dan mengundang kritikan orang ramai.

Video berdurasi 58 saat itu menyaksikan seorang wanita muda yang digelar ‘perempuan simpanan’ oleh kumpulan terbabit dipukul, ditampar, dicekik dan disepak beramai-ramai oleh kumpulan itu.

Kumpulan tersebut bukan sahaja memukul dan membelasahnya, malah mereka juga turut cuba menanggalkan pakaian mangsa.

Seorang kanak-kanak lelaki turut dirakam bertanya mengapa wanita itu diperlakukan sebegitu rupa, namun tidak seorang pun wanita dalam video berkenaan mampu memberi jawapan kepada soalan kanak-kanak itu.

Difahamkan bahawa gadis berkenaan tidak mampu melawan dan hanya mampu menangis ketika "dikenduri" beramai-ramai. - Kedahnews.com