Hafiz Tak Kisah Janda Atau Wanita Lebih Tua


SELEPAS gagal beberapa kali dalam percintaan, penyanyi Hafiz Hamidun, 31, mengakui dia tidak mahu bersikap terlalu memilih dan kini tidak kisah jika dijodohkan dengan wanita yang lebih tua daripadanya, meskipun seorang janda.

Menurut Hafiz, dia tidak mahu membuang masa lagi untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai perancangan untuk berkahwin pada tahun depan.

“Saya mensasarkan untuk berkahwin tahun depan, cuma buat masa ini saya belum mempunyai calon. Saya tidak mempunyai masalah jika dijodohkan dengan wanita yang lebih berusia ataupun janda.

“Biasanya wanita berusia dan janda lebih matang dan ia merupakan aspek penting bagi saya yang sibuk dengan kerjaya seni dan perniagaan. Mereka juga lebih berdikari.

“Saya jenis senang teruja jika berkaitan kisah peribadi walaupun menyedari hubungan itu terlalu baru. Walaubagaimanapun, kerana sering kali gagal dalam percintaan, saya kena lebih berjaga-jaga,” katanya kepada BH Plus.

Hafiz juga memberitahu, dia tidak mahu melengahkan masa jika bertemu dengan wanita idaman kerana baginya apabila menunggu terlalu lama, ada pihak yang akan mengganggu. –Kedahnews.com