Hanis Arif Terkejut Dituduh Jadi Dalang Perpisahan Fattah, Sherry


BARU sahaja berita perpisahan hubungan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim dikongsi, kini timbul pula dakwaan mengatakan mereka berpisah kerana adanya kehadiran pihak ketiga yang merupakan seorang usahawan tudung, Hanis Arif.

Walau bagaimanapun, mengakui terkejut dengan tuduhan tersebut, empunya diri tampil menafikan dakwaan tersebut dan mengesahkan bahawa dia dan Fattah hanya kawan biasa.


“Saya terkejut bila dikatakan menjadi punca perpisahan mereka. Saya kenal Fattah dan tiga tahun dan kami hanya kawan biasa tanpa hubungan yang istimewa.

“Minggu lalu kami berjumpa dan mungkin sebab itu saya dituduh menjadi punca kepada perpisahan tersebut. tetapi kami berjumpa atas urusan kerja kerana Fattah mahu saya membantunya menjayakan program berkaitan fesyen Muslimah.

“Kami berjumpa di kedai mamak di Subang pada jam 11 malam, bukan 1 pagi seperti yang didakwa di media sosial. Lepas itu, kami belum berhubung sehingga hari ini,” katanya, memetik laporan mStar.

Hanis juga mengakui menerima banyak mesej peribadi di laman sosial yang menuduh dirinya sebagai pengganggu hubungan Sherry dan Fattah tetapi mengambil keputusan untuk tidak mengambil peduli tentang perkara itu. –Kedahnews.com