JERANTUT – Seorang mangsa kebakaran di Kampung Batu 1, dekat sini, kelmarin, terkejut apabila mendapati hanya al-Quran miliknya saja yang terselamat daripada dijilat api.
Dalam kejadian pada jam 6 pagi, tiga unit rumah sewa dan rumah milik lelaki itu hangus terbakar mengakibatkan dia kerugian kira-kira RM80,000.
Menceritakan kejadian itu, Roslan Deris, 44, berkata, dia memasak makanan untuk persiapan menjual di kedainya yang terletak tidak jauh dari rumanya.
“Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan rumah terbakar dari belakang kedai lalu segera keluar dan mendapati api marak bermula dari salah sebuah rumah jiran.
“Saya mengambil alat pemadam kebakaran dan memadamkan api supaya tidak merebak, namun gagal kerana asap tebal dan menyesakkan nafas,” katanya.
Menurut Roslan, dia menjerit supaya kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun di rumah bersebelahan keluar menyelamatkan diri dan mangsa dibawa keluar ibu bapa masing-masing.
Dia berkata, anggota bomba yang tiba sejurus kebakaran berjaya mengawal dan memadamkan api daripada merebak ke tempat lain.
Roslan berkata, kediamannya hangus manakala tiga rumah lagi yang juga milik keluarganya yang disewa kepada penduduk di situ musnah.
Menurutnya, selepas kejadian itu, dia menjumpai senaskhah al-Quran yang masih elok dan cuma terbakar di bahagian tepi muka surat ketika menyelongkar timbunan abu di lokasi kejadian.
“Saya kini sehelai sepinggang dan mujur ketika kejadian ini, empat anak tinggal di asrama sekolah manakala isteri di Kuala Lumpur.
“Saya kini menumpang di rumah saudara buat sementara waktu,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris menyampaikan sumbangan kecemasan bernilai RM4,000 dan bantuan makanan dan pakaian terpakai kepada empat keluarga mangsa.
Sumber: myMetro