GENEVA – Dengan hanya guna alat penyembur dan mengheret baldi berisi tepung, air serta pewarna, seorang artis Perancis mengatasi pelbagai rintangan termasuk ribut dan tikus mondok.
Ia dilakukan semata-mata untuk menghias kawasan seluas satu hektar di lereng bukit Switzerland dengan hasil seni dipercayai yang terbesar dibuat di atas rumput.
Guillaume Legros atau lebih dikenali sebagai Saype mengambil lima hari untuk melukiskan gambar gembala menghisap paip di atas 10,000 meter persegi rumput berhampiran Leysin di Vaud.
Saype, 27, yang juga aktivis alam sekitar cuma menggunakan bahan semula jadi untuk karyanya yang lama-kelamaan akan hilang semakin hujan turun dan rumput di situ tumbuh semula.
Katanya, karya itu yang bakal dilancarkan secara rasmi hari ini nyata mencabar.
“Jika saya terlupa sesuatu saya terpaksa menghabiskan masa sejam untuk turun bukit dan mendapatkannya. Tikus mondok juga antara cabaran yang menyukarkan usaha saya.
“Lelaki yang saya lukis memang bersaiz besar – tetapi apalah sangat dibandingkan dengan kebesaran alam sekitar kita. Itu yang saya mahu tonjolkan,” katanya kepada akhbar 24 Heurs.
Menurut Rekod Dunia Guinness, karya Saype kecil sedikit berbanding lukisan terbesar dilukiskan pada sesuatu permukaan yang dihasilkan artis Croatia, Duka Siroglavic dengan karya ‘Wave’ merangkumi 10,800 meter persegi kanvas di sebuah universiti di Zagreb. – AFP